Blogger Layouts

Friday, September 18, 2009

selamat sampai

Alhamdulillah, selamat sampai di kampung. Sampai kat sini, baru dapat tau yang abang2 and kakak2 serta ipar2 and their whole family,dah ada kecuali kakak yang duduk kat kuantan tu, lepas kawin ni, setiap kali raya memang raya dengan mertua dulu, raya pertama tu baru balik sini. heh, ok gak tu, memang la masa pagi raya tu die xde, tp sekurang-kurangnya tempoh die beraya kat sini lama.
Masa telefon rumah, minta kak de amik kt stesen bas, aku jd confuse ngan org yang jwb panggilan tu, aku ingat salah no dah. pastu aku letak, and then aku check balik, 
"Eh! ni memang no tepon rumah aku,apsal salah no?"
pastu aku try la call semula, call kali ni, ayah aku angkat, pastu aku terus tanye, 
"Ayah, td sape yang angkat tepon?" dgn selambanya ayah aku jwb,
"Abang long" hahahahahaha, macam mana plak jadi tak kenal suara abang aku tu? aku pon cakap la kat ayah aku
"La, Ji ingat salah no dah td, suara macam suara bangla" ayah aku boleh gelak jer
hyeee ape nak jadi tau.
Bila kak de sampai, aku tgk dalam kereta penuh ngan tentera, mamang dia angkut semua, yang takde cuma anak buah aku yang paling tua, Along & adik dia yang bongsu (buat sementara ni la) Izzah.
sampai kat rumah, aku salam mak, ayah, abg long & isteri, kak sue, Abg ngah (isteri die keje), kak de, aku dh salam dalam kereta dah.
Rupanya hari ni ayah aku buat dodol, tp berhenti sat, sbb nk pi solat jumaat. pi jenguk mak kt dapur, tanya apa masakan hari ni? jwpn yg diterima boleh tahan.
* masak lemak rebung
*ikan patin masak tempoyak (favorite kakak iparku-betul2 dh jadi org pahang ni)
*ayam masak tempoyak
*kuih buah melaka- dapat gak aku merasa huuhuhuhu
*dll, 
tak sempat nak tanya lagi mak aku sibuk nak pi mandi. Memang meriah, 
"takpe mak, nanti Ji tolong ek,- tolong makan la
hahahahaha
* hampeh punya anak.
haaaa lagi satu, maybe tahun ni sempat kot ada baju raya. sbb kak sue sudi nak jahitkan (dia memang tukang jahit profesional)
yaaaayyyyy

dalam bas

hari ni berjaya jugak aku untuk tidak tidur semalaman. Ni memang kes takut tak terjaga waktu pagi ni, hehehe. Tapi apa pun sekarang aku dah selamat berada dalam bas. Yang pasti, sepanjang aku menunggu bas kat pekeliling ni, dia punye mengantuk tu la, ya Allah, hanya tuhan yang tahu. Tu la, sape suruh tak tidur. Masuk jer dalam bas, aku dh cakap kat sepupu aku, yang aku nak tidur, mana tahan wei. sepanjang perjalanan ni, aku tidur, bila terjaga masa sampai kt temerloh ni, tengkuk aku dh sakit semacam dua macam. Dan sekarang aku rasa tidur aku yang selama 2 jam ni cukup la buat masa sekarang, ni wat keje gila plak, aku bawak kuar laptop, online dalam bas. huahuhaahua, bosan dowh, tak tahu nak wat per dah.

Balik kampung OOO balik kampung

Excitednyer aku nk balik beraya kat kg pagi ni, sampai x leh lelap dah mata ni, boleh caya ke aku x tidur ni? takpe, kita tunggu dan lihat, sape yang kena.hehehehe
yang sebenarnya aku ni bukan ape, risau esok tak bangun, maklum la bab-bab bangun pagi ni aku memang liat tahap gaban. hahahaha. hyeee anak dara jenis apa ni?
alah, rilek la, baru pukul 3 pagi. ish klu la malam terakhir ramadhan ni aku join qiamulail kt masjid kan bagus, sejuk perut mak aku. ~Jiha, insaf la ko tu dah tua,~ eh, dah tua ke? hehehhe memang pon, ni memang dasar lupa diri punya orang ni. hahahhaha
Tadi aku berbuka ngan Nia dan kawan dia, kat restoran Chop & Steak @ kapal yg begitu infamous kat kg baru ni. rancangnye nak pegi berdua aje, tetiba masa tgh tunggu dia kat masjid, die tepon kata kawan dia nak join sekali, nasib baik aku memang tempah meja untuk 3 orang, so kalau ada lagi seorang menyelit tak de masalah punyer.Lepas je berbuka tu Nia ajak aku temankan dia pegi ATM CIMB, mula-mula dia ajak pegi kat UniKL tu, ala jauhnye sayang, CIMB kg baru lg dekat. sebelum pegi tu, aku jemput la dia naik singgah sebentar di teratak usang-ceh tak ingat ayat tu-ingat sikit ko tu sewa bilik aje.Sempat gak la lepak sekejab sementara tunggu hujan reda Balik dr ATM, kitaorang buat keje gila, snap pic kt tgh jalan yang gelap gelita tu. hyeee malu kat orang dowh. hahahahah. pic tu kt Nia, tapi aku dah amik kat blog dia, hahaha, sorry Nia, aku ciplak ko punya pic
 
sejak bila pulak aku ade tanduk ni? Nia????


 
Nia and me

Esok balik sekali ngan sepupu yg study kt uitm shah alam tu, td waktu tepon dia, nak remindkan tiket bas pukul berapa, dapat lak berita yang kurang menyenangkan - bg dia la, dan bg aku yg baik hati bersimpati kat dia. wallet dia tercicir kat dalam bas rapid-memang best, dah la baru je keluarkan duit. Dan kemujuran yang teramat sangat kt sini, tiket balik raya nasib baik kat aku. masa die datang berbuka kat sini hari tu memang tak teringat pun nak bagi kt dia. hyeee kak lang, nasib baik tiket raya dalam pegangan kak Ji, kalau tak, beraya la kau sorang2 kat shah alam tu. huhuhuhu dah la sabtu lepas raya ni, kenduri kawin kakak kau.
Eh, mata mcm dh nk tertutup ni? camne ni ek? kuatkan semangat, aku rela tak tido drpd tak balik raya. huhuhuhu

Saturday, September 5, 2009

kisah aku dan ATM:

Alkisah hr ni nak pi cucuk duit, pi ATM Maybank kt masjid kg br, x nak terima lak kad cimb, ok, jalan dulu la pi bazar, "ermm, kt mn lg aku nk cr ATM kt kwsn ni ek?" jalan n trs jalan sampai chow kit, nmpk bangunan Maybank, lintas jln, try2, huh, x leh jgk, nape ngan hr ni ek? nk pi CIMB, aduh jauh ler, dh dekat ngan Maju Junction tu, x pe cari dulu, sampai kt persimpangan jalan kat Pizza Hut tu, nmpk la Bank Muamalat, try la dulu. aku jenguk2 mn plak pintu masuk die ni? tak sempat nk tanye pakcik guard yg duduk kt tepi tu, nmpk la tombol pintunye. Try masukkan kad, boleh ke x ni? klu x leh jgk ni maknanye kn gak la aku berjalan sampai kt CIMB kt ngan MJ tu. cucuk je kad, sambil dlm hati berdoa, moga2 ATM ni terima kad CIMB. Sekali kuar kat situ " Sistem Switch Tergendala" pastu die soh aku try lain kali, alah, ni aku lemah ni. pastu ngan penuh kesabaran aku try la lagi sekali.
Fuh, lega, Alhamdulillah, boleh, ini memang dugaan bulan2 puasa ni, dh la tengah panas terik, selesai jer kt situ, aku pon sambung semula berjalan mencari juadah berbuka di bazar Jalan Raja Alang.