Blogger Layouts

Thursday, May 20, 2010

lamanyer.....

lama giler aku x menulis kat sini. sekarang dah habis sem 5 baru la aku macam rajin jer nk menulis. hahaha
alkisahnyeer sekarang habis la sudah tempoh aku amik diploma kat unikl ni, sebenarnya tinggal lg 1 sem, tp sem yang tu utk kami pegi praktikal. sebagai satu cara untuk dedahkan diri student dengan dunia kerja... klu x, asyik belajar-belajar-belajar, pendek kata, selagi belum tutup mata, kerja eh silap, belajar jer.
A lot of things happened within the last few month, nak pindah ke rumah baru, pergi perkampungan orang asli kat Kuala Lipis (satu hala nk ke kg aku, pergi sbb x nak fail subject co-curriculum) seronok memang seronok, tp penat dan meletihkan yang teramat sangat. balik tu, aku jadi sunburn, x berapa ok lg ni. x pernah2 jadi mcm tu, klu pi pantai pon x de jadi mcm tu. tp pengalaman yg aku dapat tu mmg x boleh di beli dgn wang ringgit, dapat berkenalan ngan kawan2 baru (mostly junior) sbb ye la, aku pon dah nak masuk sem akhir, sem 6, yang pasti sem depan, diorg xde dah nampak aku kt kampus sbb aku praktikal.
bercakap tentang praktikal, mula2 aku cuak jgk sbb x tau nk mintak kat mana. mula2 aku try apply kt UiTM Jengka, boleh la aku berulang dr rmh aje.. bknnyer jauh pon, sek aku dulu depan UiTM tu jgk... tp x dapat, ok la, pastu hantar plak application kat MARA, mula2 masa aku tanya tu, harapan agak nipis jgk la. tp alhamdulillah, rezeki aku dapat praktikal kat MARA. kwan2 sekelas yang lain (girls) majoriti dapat kat iPerintis kt Menara Perak, KL. ok la tu, ada masa kita jumpa ok, kenkawan? Aku pon praktikal kt KL gak, nnt, klu Sogo ada sale, aku bgtau korang ek.. (especially Diela) hahaha.

Kat bawah ni ada la ckit gmbr2 masa kt kg org asli Bukit Long, Pos Senderut, Sg.Koyan, Kuala Lipis, PHG

   dalam bas, khusyuk dengar taklimat sblm bertolak, kt kampus lg ms nih

   bersama2 ank2 org asli, bkn main hebat lg bdk2 ni menari malam tu
                                                     kat sekolah

           sempat bergambar kt batu2 yg ada dlm kwsan sek tu


          kat belakang tu asrama n dewan makan sek ren

                             hijau jer view kat sini

             dalam lori masa nk balik, telah di candid oleh ayie

Saturday, January 16, 2010

Macam-macam hal

Hari ni, genap seminggu aku pulang ke KL,  **ces, ayat x bleh blah. hahahaha
setakat hari ni, masih x sibuk ngan kelas dan assignment yang akan menimbun sedikit masa lg. (dah ada 1 pon)
Nak cite pasal assignment yg br dapat td. assignment net security. sepatutnye dapat soalan tu kol 10 td, tp dapat soalan x lengkap, terpaksa la tunggu sampai org sudah solat jumaat, baru dapat list movie tu,. mesti pelik kan? nm subject network security tp kena wat review pasal movie plak. movies yg lecturer bg tu sememangnye ada kaitan ngan network/computer security. dalam soalan tu macam2 kn tgk dan senaraikan sekali. itu x de hal, tp yg menjadi hallnye kerja2 nak mendownload movies tu plak, akhirnya tugas yg tu aku serahkan pada Niesa, nasib baik la ni keja group, klu x mampus jgk la aku.
Balik dari kampus td aku singgah kedai selipar kt gerbang, beli selipar baru. selipar aku yg sedia ada ni dah licin sangat tapaknye, tunggu masa je nak jadikan aku jatuh terguling hahaha. pastu aku balik rumah dulu letak brg.buku n tukar kasut dan terus gi KLCC. niat nak cari jam. pegi tgk kt butik SWATCH. ada tiga yg aku berkenan, harga pon sama tiga2 tu. pk punyer pk aku amik warna coklat. ok la tu, puas hati gak la ngan pilihan aku sendiri. mudah-mudahan bila dah dpt jam mahal ni, tahan lama la hendaknye. hehehehe. tercapai gak la hasrat aku nak dapatkan jam tangan baru.  ;)


aku ingat nak mulakan semula cara diet tanpa nasi aku macam dulu. aku pon x tau macam mana la diet aku dulu tu boleh terganggu. padahal dah elok sgt aku x mkn ns. bknye apa, byk lg kan makanan bkn ns yg boleh buat perut kenyang & bekalkan tenaga. so, itu la alkisahnye. kiranya boleh la aku jadikan ini sebagai azam tahun baru aku. sebab aku pon x de azam tahun baru lg ni

Monday, January 11, 2010

tido oh tido

Bodoh betul la ko mata, dah lewat ni, tetap x nak lelap2 jgk. esok ada klas la... selalu jadi mcm ni tau, nnt aku buat langkah drastik telan pil tidur banyak-banyak baru kau tahu. tak payah bangun2 dah. kau tido la buat selama-lamanya. baru puas hati aku....
heeeeee kepala sangat pening, kenapa hah? banyak sangat ke masalah aku? mengalahkan pak menteri sampai x lehg tido malam. Tak boleh jadi ni, memang kena gak jumpe doktor. maybe aku ada masalah jiwa. kahkahkahkah. memang sah. itu x jumpa doktor pon tau, dah lama dah tau yang aku ni gila. sebelum org lain bagitau aku, baik aku mengaku awal2
Bila dah jadi macam ni, hidup mula jadi kucar-kacir. waktu siang, dengan waktu malam dah bertukar fungsi.

Saturday, November 14, 2009

No Subject

dah lama aku x update blog ni, last aku update, raya puasa baru ni,
Baru- baru ni aku baru jer selesai berperang ngan final exam. dan yang membuatkan aku cuak, hari last aku peksa, yakni paper Database, I'm almost cannot take that paper, that day, and you know why?
I'M OVERSLEPT!! OMG, aku pon mcm x percaya ngan diri aku sendiri, tak pernah jadi macam ni, betulla apa yang orang cakap, "There's alway a first time for everything." But, no, I dont want that, I mean, not that kind of thing. Malam tu aku stay-up, mcm malam - malam sebelumnya, tapi x tahu la kenapa, lepas subuh tu aku terlelap, aku sedar-sedar pon, jam dah tunjuk pukul 8.55 pg. Nak mampus??? paper hari ni pukul 9.00 pg. Aku terus melompat pi bilik air, x pernah aku mandi dan bersiap sepantas tu. nasib baik la aku x lupa slip exam n ID card. Dan sesungguhnya perasaan aku masa berjalan (berlari sebenarnya) hari tu macam nyawa aku nak tercabut dari badan dh, aku mula imagine macam2, buatnye aku tak boleh masuk exam hall hari tu, macam mana la agaknya....  masa dalam lif tu, aku berdoa biarlah lif tu bergerak ke tingkat 24 tanpa ada ape2 gangguan. Dan Alhamdulillah, semuanya selamat, aku mampu jawab soalan DB tu walaupun lewat 1/2 jam. Dan dengan itu, berakhir la seksaan sem ni.......

Friday, September 18, 2009

selamat sampai

Alhamdulillah, selamat sampai di kampung. Sampai kat sini, baru dapat tau yang abang2 and kakak2 serta ipar2 and their whole family,dah ada kecuali kakak yang duduk kat kuantan tu, lepas kawin ni, setiap kali raya memang raya dengan mertua dulu, raya pertama tu baru balik sini. heh, ok gak tu, memang la masa pagi raya tu die xde, tp sekurang-kurangnya tempoh die beraya kat sini lama.
Masa telefon rumah, minta kak de amik kt stesen bas, aku jd confuse ngan org yang jwb panggilan tu, aku ingat salah no dah. pastu aku letak, and then aku check balik, 
"Eh! ni memang no tepon rumah aku,apsal salah no?"
pastu aku try la call semula, call kali ni, ayah aku angkat, pastu aku terus tanye, 
"Ayah, td sape yang angkat tepon?" dgn selambanya ayah aku jwb,
"Abang long" hahahahahaha, macam mana plak jadi tak kenal suara abang aku tu? aku pon cakap la kat ayah aku
"La, Ji ingat salah no dah td, suara macam suara bangla" ayah aku boleh gelak jer
hyeee ape nak jadi tau.
Bila kak de sampai, aku tgk dalam kereta penuh ngan tentera, mamang dia angkut semua, yang takde cuma anak buah aku yang paling tua, Along & adik dia yang bongsu (buat sementara ni la) Izzah.
sampai kat rumah, aku salam mak, ayah, abg long & isteri, kak sue, Abg ngah (isteri die keje), kak de, aku dh salam dalam kereta dah.
Rupanya hari ni ayah aku buat dodol, tp berhenti sat, sbb nk pi solat jumaat. pi jenguk mak kt dapur, tanya apa masakan hari ni? jwpn yg diterima boleh tahan.
* masak lemak rebung
*ikan patin masak tempoyak (favorite kakak iparku-betul2 dh jadi org pahang ni)
*ayam masak tempoyak
*kuih buah melaka- dapat gak aku merasa huuhuhuhu
*dll, 
tak sempat nak tanya lagi mak aku sibuk nak pi mandi. Memang meriah, 
"takpe mak, nanti Ji tolong ek,- tolong makan la
hahahahaha
* hampeh punya anak.
haaaa lagi satu, maybe tahun ni sempat kot ada baju raya. sbb kak sue sudi nak jahitkan (dia memang tukang jahit profesional)
yaaaayyyyy

dalam bas

hari ni berjaya jugak aku untuk tidak tidur semalaman. Ni memang kes takut tak terjaga waktu pagi ni, hehehe. Tapi apa pun sekarang aku dah selamat berada dalam bas. Yang pasti, sepanjang aku menunggu bas kat pekeliling ni, dia punye mengantuk tu la, ya Allah, hanya tuhan yang tahu. Tu la, sape suruh tak tidur. Masuk jer dalam bas, aku dh cakap kat sepupu aku, yang aku nak tidur, mana tahan wei. sepanjang perjalanan ni, aku tidur, bila terjaga masa sampai kt temerloh ni, tengkuk aku dh sakit semacam dua macam. Dan sekarang aku rasa tidur aku yang selama 2 jam ni cukup la buat masa sekarang, ni wat keje gila plak, aku bawak kuar laptop, online dalam bas. huahuhaahua, bosan dowh, tak tahu nak wat per dah.

Balik kampung OOO balik kampung

Excitednyer aku nk balik beraya kat kg pagi ni, sampai x leh lelap dah mata ni, boleh caya ke aku x tidur ni? takpe, kita tunggu dan lihat, sape yang kena.hehehehe
yang sebenarnya aku ni bukan ape, risau esok tak bangun, maklum la bab-bab bangun pagi ni aku memang liat tahap gaban. hahahaha. hyeee anak dara jenis apa ni?
alah, rilek la, baru pukul 3 pagi. ish klu la malam terakhir ramadhan ni aku join qiamulail kt masjid kan bagus, sejuk perut mak aku. ~Jiha, insaf la ko tu dah tua,~ eh, dah tua ke? hehehhe memang pon, ni memang dasar lupa diri punya orang ni. hahahhaha
Tadi aku berbuka ngan Nia dan kawan dia, kat restoran Chop & Steak @ kapal yg begitu infamous kat kg baru ni. rancangnye nak pegi berdua aje, tetiba masa tgh tunggu dia kat masjid, die tepon kata kawan dia nak join sekali, nasib baik aku memang tempah meja untuk 3 orang, so kalau ada lagi seorang menyelit tak de masalah punyer.Lepas je berbuka tu Nia ajak aku temankan dia pegi ATM CIMB, mula-mula dia ajak pegi kat UniKL tu, ala jauhnye sayang, CIMB kg baru lg dekat. sebelum pegi tu, aku jemput la dia naik singgah sebentar di teratak usang-ceh tak ingat ayat tu-ingat sikit ko tu sewa bilik aje.Sempat gak la lepak sekejab sementara tunggu hujan reda Balik dr ATM, kitaorang buat keje gila, snap pic kt tgh jalan yang gelap gelita tu. hyeee malu kat orang dowh. hahahahah. pic tu kt Nia, tapi aku dah amik kat blog dia, hahaha, sorry Nia, aku ciplak ko punya pic
 
sejak bila pulak aku ade tanduk ni? Nia????


 
Nia and me

Esok balik sekali ngan sepupu yg study kt uitm shah alam tu, td waktu tepon dia, nak remindkan tiket bas pukul berapa, dapat lak berita yang kurang menyenangkan - bg dia la, dan bg aku yg baik hati bersimpati kat dia. wallet dia tercicir kat dalam bas rapid-memang best, dah la baru je keluarkan duit. Dan kemujuran yang teramat sangat kt sini, tiket balik raya nasib baik kat aku. masa die datang berbuka kat sini hari tu memang tak teringat pun nak bagi kt dia. hyeee kak lang, nasib baik tiket raya dalam pegangan kak Ji, kalau tak, beraya la kau sorang2 kat shah alam tu. huhuhuhu dah la sabtu lepas raya ni, kenduri kawin kakak kau.
Eh, mata mcm dh nk tertutup ni? camne ni ek? kuatkan semangat, aku rela tak tido drpd tak balik raya. huhuhuhu

Saturday, September 5, 2009

kisah aku dan ATM:

Alkisah hr ni nak pi cucuk duit, pi ATM Maybank kt masjid kg br, x nak terima lak kad cimb, ok, jalan dulu la pi bazar, "ermm, kt mn lg aku nk cr ATM kt kwsn ni ek?" jalan n trs jalan sampai chow kit, nmpk bangunan Maybank, lintas jln, try2, huh, x leh jgk, nape ngan hr ni ek? nk pi CIMB, aduh jauh ler, dh dekat ngan Maju Junction tu, x pe cari dulu, sampai kt persimpangan jalan kat Pizza Hut tu, nmpk la Bank Muamalat, try la dulu. aku jenguk2 mn plak pintu masuk die ni? tak sempat nk tanye pakcik guard yg duduk kt tepi tu, nmpk la tombol pintunye. Try masukkan kad, boleh ke x ni? klu x leh jgk ni maknanye kn gak la aku berjalan sampai kt CIMB kt ngan MJ tu. cucuk je kad, sambil dlm hati berdoa, moga2 ATM ni terima kad CIMB. Sekali kuar kat situ " Sistem Switch Tergendala" pastu die soh aku try lain kali, alah, ni aku lemah ni. pastu ngan penuh kesabaran aku try la lagi sekali.
Fuh, lega, Alhamdulillah, boleh, ini memang dugaan bulan2 puasa ni, dh la tengah panas terik, selesai jer kt situ, aku pon sambung semula berjalan mencari juadah berbuka di bazar Jalan Raja Alang.

Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan



Hari ni hari ke-3 aku keje part time, penat mmg penat, tp mcm td leka sangat buat kerja, sampai x perasan dh pukul 4.40, janji ngan dila nk masak utk berbuka pukul 4.30 camne ni. Sedar pon sbb dia call tanye bila nk pi bilik die. Huhuhu, sowwy dila, aku x perasan, lps tu ape lg, bergegas balik la aku. Cara jalan poon dh laju semcm. Dh sampai dkt ngan masjid jamek kg baru, traffic sesak sgt2, br teringat, sempena ngan 1 ramadhan ni, masjid kg baru masak bubur lambok sbyk 100 periuk, anjuran kementerian perlancongan. Mmg ramai benar la manusia td. Polis pon ramai kwl keadaan. Smpai kt pintu sisi masjid org yg beratur nk amik bubur ni punyer la pnjg, barang free, sape x nak kan? Aku x amik pusing dh,yg penting aku nk cepat balik amik bahan2 masakan, n then trs ke rmh dila. Menu berbuka hr ni, tomyam sayur. Ermmmm ok la, walaupun bahan2 mcm perencah tomyam n cili kurang, sedap gak ktorg masak. Hehehehe. Siap je masak, pi bazaar plk, beli air, sambil2 tgk ape2 yg berkenan, tp nafsu lapar ni x leh ikut sgt, nnt lari budget nk menantikan next week, ye la dh beli mcm2, dok tarik je duit dlm wallet tu, lama2 habis la. Esok dh tau dh menu ape plk, huhuhuh, jimat gak memasak ni, x payah kuar duit byk2. Tp yg penting hr isnin ni kuiz database, esk kn study, so esk aku x gi la keje, huahuahuahuahua

Sunday, August 16, 2009

Back in action

i,m back....
dh lama gak aku x mencoret serta menconteng kat page ni. heheheh. bz yg melampau2. menteri x bz camni. tp tu la, bl masuk sem 4 ni jd kelam-kabut lak, dgn assignmnt yg berlambak2, project itu-ini, program merata2. Hari isnin adalah hr yg paling bz & memenatkan, kls dr pg hingga ke mlm, non-stop plak tu,
ish-ish-ish, itu la student life, nk x nak kn gak terima ngan hati yg trbuka.
Sem ni dh kn bersedia ngan tajuk FYP, supaya sem dpn x jd kelam-kabut mcm ni.
dlm keadaan kelam-kabut ni, b'laku la 1 hal yg buat aku angin satu badan-modem broadband aku buat hal, melayan kerenah benda tu meleret2 smpai semggu, aku tahan lg, tp....... bila dh melampau2, apa lg, -kebabum-meletup gunung berapi.
akhirnya modem aku yg sedia ada tu dh pon jd aruah, skrg ni tggu kwn aku poskan modem br jengka, jumpa die ms cuti sem hr tu, die mnt tolong cr buyer utk modem broadband, sbb dia dh pon terminated kan die punye acc. pendekkan cite, akhirnya aku sndr yg jd buyer. harga brp tu, biarlah rahsia....
ceh, mcm lagu siti nurhaliza plk, kihkihkih,